Pelakon Eyra Hazali dan Haziq yang merupakan penjaga gol JDT telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Mereka baru sahaja menimang cahaya mata sulung semalam. Eyra turut mendedahkan nama anak lelakinya itu.
Nama penuh anaknya itu adalah Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.
“Alhamdulillah, Muhammad Hayder Qhalish Bin Muhammad Haziq,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Eyra turut berkongsi sedikit info mengenai waktu kelahiran anaknya itu.
“Jumaat, 14/08/2020 jam 14:18,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian daripada wargamaya dan beberapa rakan artis yang tumpang gembira. Rata-rata mereka juga turut mengucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada Eyra.
Sumber: Gempak, Ig @eyra.hazali
Leave a Reply Cancel reply