“Gar4ng Hanya Ketika Bertugas Di Penj4ra, Waktu Lain Dia Kelakar” – Anak Syukur Dapat Tunai Impian Terakhir Abu Bakar Juah

Anak kedua kepada pelakon veteran Allahy4rham Abu Bakar Juah iaitu Zarith Abu Bakar meluahkan rasa syukur apabila impian arw4h bapanya untuk berada di samping keluarga pada saat-saat akhir hidupnya tercapai.

Menurut Zarith, 37, biarpun tiada kata-kata atau ucapan terakhir daripada bapanya namun dia dan keluarganya reda dengan pemergian arw4h.

“Alhamdulillah mak, adik-beradik dan cucu dapat berkumpul di saat-saat akhir arw4h kecuali suami saya yang tak dapat balik sini sebab bekerja di Kemboja.

Adik bongsu Zarith iaitu Benjamin (kiri) berhenti kerja untuk menjaga arw4h bapa mereka.

“Semua adik-beradik arw4h abah dan keluarga mentua dapat datang semalam (Sabtu).

“Arw4h pergi secara tenang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya. Kata-kata terakhir itu tak ada tapi untuk dia bersama dengan keluarga di saat akhir tercapai.

“Interaksi terakhir abah bersama dengan kami melalui genggaman dan juga dia ada mengalirkan air mata seakan tahu sesuatu bakal berlaku,” kata Zarith kepada mStar.

Allahy4rham Abu Bakar, 72, men1nggal dun1a di kediamannya di Alam Damai pada pukul 6.35 petang Sabtu, akibat k4nser hati dan jenaz4hnya selamat dikebumikan kira-kira pukul 9.50 pagi Ahad di Tanah Perkvburan Alam Damai, Cheras.

Arw4h Abu Bakar bersama isteri dan anak-anaknya.

Arw4h mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Danial Nor, 39, Zarith, Safinas dan Benjamin Nor, 28 serta seorang cucu lelaki.

Allahy4rham Abu Bakar terkenal dengan watak antag0nis dan antara filem lakonannya iaitu Senjakala, Rempit Sampai Ke Langit serta Dukvn.

Abu Bakar merupakan pesara kerajaan dengan jawatan terakhirnya pada 2005 ialah Pengarah Kanan, Jabatan Penj4ra Malaysia, Taiping Perak.

Dalam pada itu, Zarith memberitahu bapanya mempunyai karakter yang berbeza dengan setiap lakonannya dan mereka sekeluarga pasti akan merindui lawak jenaka arw4h.

“Semua rakan arw4h mengetahui dia kelakar. Walaupun arw4h dikenali dengan watak antag0nis tapi sebenarnya dia seorang yang kelakar.

“Apa yang kami akan rindu tentang arw4h abah… kelakar dia la, suka berlawak. Untuk watak gar4ng itu arw4h hanya gunakan ketika bertugas di Jabatan Penj4ra Malaysia, ” ujarnya.

 

Sementara itu, isteri kepada Allahy4rham iaitu Rusidah serta anak-anak yang lain terutama bongsu, Benjamin belum bersedia untuk berkongsi perasaan selepas kehilangan orang tersayang.

“Mak masih bersedih dan dia berada di rumah sahaja. Mak belum bersedia untuk ditemu bual begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain.

“Terutama adik bongsu kami yang berhenti kerja untuk menjaga abah. Dia banyak berk0rban dan memang kami adik-beradik yang bergilir membantu mak untuk menjaga abah,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*