“Anak Guna Tangan Kiri…Biarkan” – Ini Pesan Hatta Dolmat Buat Ibu Ada Anak Kida1

Dalam membesarkan anak, lazimnya, ibu bapa akan mendidik anak-anak mereka untuk melakukan sesuatu perkara menggunakan tangan kanan.

Tidak kiralah, sama ada untuk menulis, makan, atau melakukan apa sahaja perkara, penggunaan tangan kanan dianggap lebih ‘manis’ dalam kalangan masyarakat.

Begitupun, tidak semua mempunyai kecenderungan untuk menggunakan tangan kanan.

Ada yang menjalani proses pembesaran dengan menjadikan tangan kiri lebih dominan. Mereka inilah yang dipanggil golongan kida1.

Begitu jugalah yang dilalui oleh pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.

Bahkan, sempena sambutan Hari Kida1 sedunia yang diraikan hari ini, Hatta turut menasihati ibu bapa untuk tidak ‘menghukvm’ anak-anak mereka yang menunjukkan kecenderungan menggunakan tangan kiri.

“Nanti kalau ada anak, nampak anak anda mula mengunakan tangan dengan tangan kiri. Contohnya, ambil barang, menulis, sikat rambut, atau apa saja (kecuali makan) biarkan.

“Jangan pula pukvl tangan dia sebab nak didik dia guna tangan kanan sebab kononnya guna tangan kiri salah,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut Hatta turut berkongsi video yang memaparkan kelebihannya sebagai insan kidal.

Bahkan, katanya, orang kida1 mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya dari aspek kreativiti.

“Anda tak tahu sebenarnya banyak kelebihan kurniaan Allah untuk kebanyakkan mereka yang mengunakan tangan kiri.

“Saya tak tahu lah apa teori sains pasal tangan kiri katanya guna otak kanan yang cenderung pada kreativiti dan seni, tapi nampak gayanya begitulah. Selamat Hari Kida1. Ketahuilah anda sebenarnya istimewa,” coretnya.

Di ruangan komen, rata-rata memuji kelebihan Hatta dalam menghasilkan lukisan selain mengakui orang kidal mempunyai nilai kreativiti yang tinggi.

 

Sumber: Gempak, Ig @hattadolmat_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*