Harga Sambal Ikan Bilis Mahal? Ini Jawab Ben Ali

Pelakon Ben Amir memandang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara positif kerana dia dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan Sambal Budak Camping.

Menurut Ben, dia memilih nama itu kerana dia suka pergi berkhemah dan sambal itu merupakan resipi turun-temurun keluarganya.


“Saya percaya semua orang terkesan ketika PKP dan sekarang adalah masa untuk pulih.

“Sebenarnya, saya melihat tempoh PKP itu dari segi positif bila mana saya dapat fokus dan tumpukan untuk ‘set up’ perniagaan sambal ikan bilis iaitu Sambal Budak Camping.

“Ia merupakan resipi turun-temurun keluarga saya. Saya letak nama Sambal Budak Camping sebab saya suka pergi camping (berkhemah).

“Pergi berkhemah kalau boleh nak bawa makanan yang mudah dan boleh dimakan dengan semua benda.


“Disebabkan itu saya keluarkan sambal ini untuk berkongsi dengan orang di luar sana,” katanya kepada Gempak.

Ben ditemui ketika majlis Majlis Pra Tonton Eksklusif dan Sidang Media “Aku, Bunga” yang diadakan di MBO, The Starling, Damansara Utama.

Sementara itu, pelakon utama drama Sweet Dreams menyatakan sambalnya dijual mengikut gram justeru harganya lebih mahal berbanding yang lain.

“Untuk sambal yang dijual ini, saya jual ikut per gram dalam botol. Kalau tengok kandungan beratnya memang sambal saya paling besar dan berat.

“Kebanyakan peniaga jual dalam 180 gram. Saya jual pada harga RM26 untuk 280 gram, iaitu dua kali ganda dan sudah tentu harganya dua kali ganda juga.


“Bagi saya, perkara ini tidak ada masalah pun. Kalau ikut per gram, sambal saya jual masih lagi murah,” katanya lagi.

Terbaru, Ben bersama Naim Daniel dan pendatang baharu dalam industri seni, Bunga tampil dengan buah tangan terbaharu “Aku, Bunga”.

 

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig @benamirr

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*