Pelakon Lisa Surihani dan Alif Satar merupakan antara selebriti dikenali sebagai seorang yang sweet.
Disebabkan keperibadian dan sikap positif mereka, Alif dan Lisa juga turut digelar sebagai ‘Malaysian Sweethearts’.
Namun Alif dan Lisa mengakui ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mereka hilang sabar.
“Saya tak suka buat benda dua kali. Bila kita dah buat betul-betul tetapi disebabkan satu benda kita kena buat lagi sekali. Sebab saya hidup dalam momen, saya tidak mahu terlepas momen-momen sebelum ini. Bukan tak kena, tetapi bila kita buat sekali lagi nanti magisnya hilang. Momen itu tak sama,” jelas Alif.
“Jika ada sesiapa yang berkata mengenai perkara tidak enak atau tidak elok tentang keluarga saya. Pernah ada yang bercakap dan masa itulah yang membuatkan saya rasa tersungkur juga dengan kesabaran saya. Saya tidak mar4h orang itu. Walaupun reaksi saya tak mar4h namun saya tetap memberikan reaksi,” kata Lisa.
Alif dan Lisa berkongsi perkara itu menerusi program Rumah No 107.
Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Sumber: Gempak, Ig @lisasurihani, Ig @alifsatar
Leave a Reply Cancel reply