Pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi telah berkahwin dengan pemain bola se pak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Terbaharu, Mia memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk membuka akaun Instagram peribadi buat anak keduanya.
Menurut Mia segala perkembangan mengenai anak perempuannya itu akan dikongsikan di akaun Instagram anak sulungnya sahaja, Sayf Issa.
“Memandangkan mommy jenis jarang nak kemas kini akaun Instagram abang awak, mommy buat keputusan untuk kongsi sahaja Instagram awak dengan abang @sayf.issa okay,” tulisnya dalam satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Mia turut berkongsi gambar terkini anak perempuannya yang diberi nama Iris yang lahir pada 18 Jun lalu.
Pada masa sama, Mia turut memberitahu bahawa dia sengaja mahu menggunakan nama lebih ringkas pada anak perempuannya berbanding anak sulungnya sebelum ini.
Bahkan, dedah Mia, nama anak sulungya itu juga sebenarnya asalnya pendek sahaja, namun, diubah kerana mahukan elemen namanya digunakan pada anak pertama.
“Empat huruf sahaja nama dia, manis dan ringkas. Sebenarnya nama abang dia dulu pun nak letak Issa sahaja.
“Tapi nak ada signature nama mommy jugalah sikit ada huruf S di depan..hehe,” kongsinya.
Komen netizen:
Sumber: Gempak, Ig @mia.ahm4d
Leave a Reply Cancel reply