Terdahulu, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga mereka pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Terbaharu, usahawan dan isteri kepada ahli perniagaan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan berkongsi pengalamannya melahirkan anak perempuan secara pembed4han.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis turut memuat naik dua foto bersama suami dan anak, Arianna Kyla Tan yang baru dilahirkan untuk tatapan umum.
“Jadi, ramai yang tanya sama ada saya melahirkan anak secara normal atau C-section. Inilah pengalaman bersalin saya, Arianna merupakan bayi s0ngsang dan cara paling selamat untuk melahirkannya adalah melalui C-section walaupun saya berharap dapat bersalin secara normal.
“Saya gementar untuk dibed4h namun ia perlu dilakukan. Kami check-in ke Hospital Pantai dan esoknya saya dibawa masuk ke bilik pembed4han. Epidural dilakukan dan saya merasa kebas dari pinggang ke bawah.
“Dalam keadaan sedar saya sudah berada di dalam bilik pembed4han dengan Faliq berada di sebelah, lagu cinta klasik 70-an dimainkan dan Arianna berjaya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada kami.
“Kepada yang bertanya adakah saya berasa sak1t, saya tidak merasa sak1t sehingga ke hari ini (walaupun sedikit tidak selesa bila perlu berjalan buat pertama kali selepas dibed4h).
“Saya takvt sebelum dibed4h dan nampaknya is berjalan dengan sangat lancar. Kalau saya boleh buat, saya yakin anda semua boleh. Saya berharap pengalaman seterusnya juga akan sama seperti yang ini.
“Saya masih tak percaya saya seorang ibu sekarang tetapi inilah permulaan kepada kehidupan baru saya dan Faliq, alhamdulillah,” tulis Chryseis sebagai kapsyen.
Arianna Kyla Tan dilahirkan pada 16 Julai lalu dengan berat 2.9kg.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan usahawan, sosialit dan wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada Chryseis.
Sumber: Gempak, Ig @chrystan_x
Leave a Reply Cancel reply