Pelakon Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala menyatakan dia berasa kasihan melihat nasib perempuan yang kant0i selepas hadir sebagai orang ketiga dalam sebuah rumah tangga.
Kata Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Muhamed, kita tak tahu cerita sebenar tetapi hanya wanita itu yang dipersalahkan.
“Sebenarnya saya kesian dengan perempuan bila tengok 1su mer4mpas ini. Kenapa yang disalahkan adalah orang ketiga?
“Kita tak tahu hujung pangkal. Apa yang saya nampak lelaki itu selamat macam dia tak buat apa-apa. Padahal mereka bercinta bersama-sama,” katanya kepada Gempak.
Tambah Sharmila lagi, dia menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab kerana melepas tangan dalam keme1ut itu.
“Saya ada baca dia (suami) minta maaf pada isteri dan keluarga tapi tak minta maaf pun dekat perempuan tu.
“Kesian perempuan tu kena hadap sorang. Tak kisah la perempuan tu salah haritu sebab berkawan dengan suami orang.
“Masa berbaik siap beli barang semua. Lelaki macam tu kira tak bertanggungjawab la.
“Kalau betul dia nak berkahwin lebih pada satu, buat dengan cara baik. Dia mampu tapi hujung-hujung terus ditinggalkan,” katanya lagi.
Sumber: Gempak, Ig @lala.wansharmila
Leave a Reply Cancel reply