“Sampai Tak Menang Tangan” – Cempedak Goreng Air Tangan Isteri Abam Bocey Laku Keras

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah men1nggal dun1a di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat dem4m panas.

Allahy4rham Abam Bocey telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun satu bulan.

Terbaharu, Hidayah Mohd Ali, 28, menyatakan dia kini sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng.

Ketika dihubungi Gempak, Hidayah berkata dia sendiri turun padang menjual bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.

“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya.

“Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga,” katanya menerusi kiriman WhatsApp. Tambah Hidayah, dia bersyukur dengan sambutan yang diperolehi daripada pelanggan yang tidak putus kunjung untuk membeli.

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan.

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig @hidayah_abam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*