Khasiat Madu Hilang Guna Sudu Besi, Betul Ke?

Sebelum ini, kita sering kali mendengar ada yang mengatakan bahawa khasiat madu hilang jika menggunakan sudu besi. Tetapi sejauh manakah kebenaran tersebut.

Ikuti penjelasan oleh Dr Che Puteh Osman, seorang ahli kimia yang menggunakan akaun Twitter @drcheputeh tentang penggunaan sudu besi dan sudu kayu apabila mengambil madu di dalam bekas simpanannya.

Benarkah khasiat madu akan hilang jika guna sudu besi? Sebelum itu apa itu khasiat? Khasiat merujuk kepada nutrisi, iaitu gula, mineral, asid organik dan prebiotics yang ada di dalam madu. Adakah bahan-bahan ini akan hilang jika guna sudu besi? Jawapannya tidak.

Sudu besi adalah sejenis konduktor. Ia mengalirkan elektrik. Namun ia tidak akan mengalirkan bahan dalam madu. Madu tinggi gula dan sangat kurang air. Mineral dalam madu seperti kalium tidak akan mengalir melalui sudu besi.

Ini kerana mineral dalam bentuk elektrolit sahaja boleh mengalirkan elektrik. Untuk sesuatu sebatian itu menjadi elektrolit, ia mesti dicairkan dalam air atau dipanaskan sehingga lebur. Kedua-dua keadaan ini tiada dalam madu.


Walaupun madu sedikit berasid disebabkan oleh kehadiran asid organik yang lemah seperti asid maleik, asid sitrik dan asid suksinik, asid ini tidak cukup kuat untuk mengakis permukaan sudu. Namun, disebabkan kehadiran asid ini, madu tidak sesuai disimpan dalam bekas besi.

Kandungan gula yang tinggi dan air yang sangat rendah menyebabkan madu berpotensi sebagai agen antibakteria. Bakteria kehilangan air disebabkan proses osmosis dan mat1.

Mengapa seringkali gambar menunjukkan madu dimakan menggunakan sudu kayu? Mungkin lebih cantik secara artistiknya. Untuk penjelasan penuh dan senarai rujukan, sila lawati

www.drcheputeh.com

 

Kredit Gambar: Google

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*