“Dari Hujung Rambut Ke Kaki Saya Yang Belikan Untuk Bibik”- Untungnya Jadi Orang Gaji Eina Azman!

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon jelita, Datin Eina Azman, pasti menyedari dalam setiap posting yang dimuat naik di media sosial, ibu anak dua itu sering tampil bergaya.

Daripada rekaan baju dan pemilihan warna, Eina dilihat cukup menjaga penampilan diri bersama suami dan anak-anaknya yang selalu bergaya secara sedondon.

Begitupun,sebenarnya, bukan setakat penampilan ahli keluarganya sahaja, bahkan Eina turut menjaga penampilan pembantu-pembantu rumahnya.

Perkara itu did3dahkan Eina ketika menjawab persoalan yang diutarakan pengikutnya di laman Instagram sebaik melihat penampilan orang gajinya ketika ikut serta bercuti di Langkawi.

“Ya, dari hujung rambut sampai ke kaki, saya yang pilih dan belikan untuk bibik-bibik sebab saya suka bibik saya sentiasa cantik, bersih dan kemas,” jelasnya.

Terdahulu, Eina menerusi satu posting di Instagram memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya menari bersama dua orang pembantu rumahnya ketika berada di atas sebuah bot.

Dalam video tarian TikTok tersebut, dua orang pekerjanya itu turut mengenakan rekaan pakaian sedondon yang mencvri tumpuan netizen.


Pada masa sama, ramai yang menyifatkan orang gajinya beruntung kerana mempunyai seorang majikan yang cukup baik dan sempoi.

 

Sumber: Gempak, Ig @eina_azman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*