Pernah tak anda perasan, bila pergi sesetengah kedai, bacaan termomoter dibawah 36 darjah selsius. Macam pelik kan, padahal dekat tempat lain normal.
Perkara ini telah mendapat perhatian penyanyi Haiza Hanafi yang menegur sikap segelintir pemilik restoran yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani COVID-19.
Haiza meluahkan kekecew4annya itu menerusi laman Instagram miliknya selepas membaca laporan yang diterbitkan sebuah akhbar berkenaan bacaan suhu badan pelanggan tidak tepat.
“Siapa nak jawab? Pergi restoran suhu 35.3 atau bawah 36 darjah selsius.Pelik!!
“Ni pengalaman doktor sendiri yang ke restoran terkejut melihat suhu yang dicatatkan dibuku.
“Jika suhu tak tepat,bagaimana nak tahu pelanggan itu sihat atau tidak?” luahnya.
Dalam pada itu, Haiza juga turut menasihati pemilik premis perniagaan supaya mengambil serius mengenai perkara ini.
“Pihak premis perniagaan kena ambil serius perkara ini. Dapatkan termometer atau alat pengukur suhu yang sah dan bukan Asal Murah Onz. Tak boleh berkompromi dengan COVID-19!!” tegurnya.
Perkongsiaannya itu turut mendapat perhatian warganet yang lain. Rata-rata bersetuju dengan luahan Haiza itu.
Sumber: Gempak, Ig @haizahanafi
Leave a Reply Cancel reply