Penampilan terbaru Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ternyata mengejutkan netizen apabila tampil kurus dan lebih sihat sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa rahsia yang diamalkan oleh TMJ.
Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kilogram, akhirnya TMJ berkongsikan tips bagaimana dia mampu menghilangkan sebanyak itu tanpa mengambil sebarang suplemen selepas menerima banyak pertanyaan mengenai kejayaannya itu.
“Saya terima banyak mesej yang bertanya mengenai rutin harian dan senaman yang dilakukan. Saya telah berjaya hilangkan 22 kilogram (kg) berat badan saya yang kini 68kg.
“Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa suplemen, selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan,” katanya.
Ujarnya, tidak perlvk4n tempat atau kelengkapan gim untuk turunkan berat badan. Cukup hanya melakukan senaman tidak lebih satu jam. Tunku Ismail berkata beliau lebih suka melakukan senaman kardio.
“Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil untuk turunkan 22kg, selain melakukan senaman tidak lebih sejam.
“Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gimnasium atau lari jarak jauh.
“Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa satu minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” kongsinya menerusi Insta Story.
TMJ turut berkongsikan pengalaman rakannya yang men1ngg4l dunia pada usia 42 tahun akibat ser4ngan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan yang sasa.
“Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi men1ngg4l kerana ser4ngan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” jelasnya.
Dalam pada itu, TMJ turut berhasrat membuka gimnasium buat orang awam terutamanya rakyat Johor pada masa akan datang untuk sama-sama menjalani kehidupan yang sihat.
“Suatu hari saya akan buka sendiri yang dibuka untuk orang awam dan anda semua dapat melakukan senaman. Saya juga akan promosi gaya hidup sihat dan juga pemakanan untuk bangsa Johor, itu agenda masa depan JDT,” katanya lagi.
SUMBER: Harian Metro via Gulapop via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply