Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Difahamkan, usia kandungan bayi kedua mereka itu baru memasuki empat bulan.
Mengumumkan perkhabaran gembira itu di Instagram, Awal memuat naik video anak sulungnya, Lara Alana memegang alat ujian keh4milan. Menerusi perkongsian itu, Awal meluahkan rasa syukur di atas rezeki anak kedua itu.
“Alhamdulillah, tiada apa yang lebih menggembirakan di hari lahir saya hari ini apabila akhirnya dapat berkongsi berita gembira ini dengan anda semua.
“Insya-Allah, kami akan menimang anak kedua tidak lama lagi. Kandungan Scha baru memasuki bulan keempat, trimester kedua,” tulisnya lagi.
Awal turut meminta para peminat mendoakan agar isterinya menjalani proses keh4milan dengan lancar serta bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.
Sumber : Rotikaya/News Media via Berita Steady Media
Leave a Reply Cancel reply