Falisha Crossley Hamil 6 Bulan, Bakal Timang Bayi Lelaki

Pelakon filem Mat Moto, Falisha Crossley mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamad Rafiq Mohd Arif pada Januari 2017.

Falisha atau nama sebenarnya, Nur Falisha Crossley Faisal dikurniakan anak sulung, Nur Raysha Mikhayla yang kini menginjak usia tiga tahun.


Terbaharu, Falisha memaklumkan dirinya kini sedang mengandung anak kedua.

Menurut Falisha, usia kandungannya sudah mencecah enam bulan.

“Kandungan saya sudah 23 minggu. Dah nak masuk genap enam bulan.

“Insya-Allah jika ikut jangkaan, bayi kedua saya ini akan lahir pada awal Disember nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

Falisha yang pernah memenangi Pelakon Baru Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 itu berkata, cahaya mata keduanya yang bakal lahir itu nanti merupakan bayi lelaki.


“Syukur Alhamdulillah, selepas ini dah ada sepasang. Cuma, mengandung anak kedua ini pengalamannya memang agak berbeza sedikit.

“Saya tak boleh nak ambil makanan manis-manis. Makan aiskrim saya mvntah, makan coklat pun buat mvntah. Walhal masa anak pertama, saya suka makan manis,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Falisha dia menafikan bahawa kehamilan tersebut mempunyai kaitan dengan ‘bayi PKP’.

“Bukan bayi PKP. Cuma, saya dapat tahu diri saya hamil ketika tempoh PKP sahaja.

“Mula-mula tu risau juga sebab hairan kenapa rasa macam sesak nafas dan cepat penat. Bila pergi periksa, doktor kata positif. Rupanya, positif lain,” ceritanya.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian pengikutny.

 

Sumber: Gempak, Ig @falishacrossley

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*