Penampilan terbaru penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang yang semakin langsing mengejutkan ramai peminat.
Menerusi foto terkini yang dimuat naik oleh Michael di laman Instagram, sutradara drama bersiri Sweet Dreams itu berkongsi gambar terbaru keadaan dirinya.
“Salam semua. Okay I think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don’t like how I look now! Love you all and stay safe!” tulis Micahel di ruangan kapsyen.
Pembe dahan terbabit memo tong 85 peratus perut dan dikeluarkan melalui lubang kecil yang dite buk pada perut.
Ia menyebabkan makanan hanya boleh diambil dalam kuantiti kecil dan memberikan manfaat daripada sudut kesihatan termasuk mengatasi penya kit diabetes, sa kit sendi dan sa kit belakang.
Kaedah ini antara kaedah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obe siti.
“Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan pembe dahan terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan.
“Sebenarnya, saya suka dengan berat badan saya yang dahulu. Saya tak kisah dengan keadaan badan yang agak gempal tetapi ketika itu saya mempunyai penya kit.
“Saya ada penya kit diabe tes dan ‘sleep apnea’. Doktor memberikan dua cara untuk mengatasi masalah terbabit. Pertama, saya harus berdiet atau kedua, saya harus melakukan pembe dahan itu.
“Dua tahun sebelum dibe dah, saya sudah mencuba untuk mengamalkan diet tetapi sering gagal. Saya berjaya turun 5 atau 6 kg, tetapi selepas itu badan saya menghadapi kesukaran untuk menurunkan lagi bilangan berat.
“Akhirnya, saya membuat pembe dahan terbabit. Hasilnya, saya tidak mengalami dia betes lagi, saya senang bangun pagi, rasa segar dan nafas saya tak mengah seperti dulu.
“Cuma, saya hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja,” kata Michael ketika dihubungi oleh Gempak.
Namun begitu, pelakon telefilem Titi Kayu ini mengakui risau dengan penampilannya yang kelihatan kurus.
“Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat.
“Sebab, saya sendiri rasa saya ‘buruk’ apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses ‘pengecilan’ badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh,” katanya lagi
Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan penampilan baru Michael yang telah hilang sebanyak 52 kilogram (kg) selepas menjalani pembe dahan bariatric sleeve pada tahun 2018.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply