“17 Tahun Sudah Perkahwinan Kita, Thank You Dar For Loving Me” – Aaron Aziz

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz bersama isterinya Datin Diyana Halik menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 hari ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.


Dalam satu entri di Instagram miliknya, pelakon Jalan Se sat Ke Syurga ini mengucapkan syukur dengan perkahwinan mereka yang bertahan tanpa sebarang go sip yang melanda.

“Alhamdulillah TabarakALLAH Syukur kepada ALLAH. 17 tahun sudah perkahwinan kita. Thank you Dar Diyana Halik for loving me, for being my eyes when I couldn’t see. For parting my lips when I couldn’t breathe. Thank you for loving me. (Bon Jovi)


“May ALLAH forever and always protect our family. Happy 17th Anniversary Dar. Your my best friend, confidante and my other half. Wouldn’t be me without you. Love you Dar Dar,” tulis Aaron di Instagram miliknya.

Hasil perkahwinan mereka selama 17 tahun, mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki Danish Anaqi, 16 tahun, dan dua orang anak perempuan, Dwi Ariana, 14 tahun, dan Dahlia Arissa, 10 tahun.

 

Sumber: Gempak, Ig @aarondwiaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*