Perubahan pada diri yang nampaknya ada ‘sesuatu’ berbeza daripada kelaziman sebaiknya usah dibiarkan.
Jika terkena pada yang dewasa mungkin tiada masalah kerana tahu untuk bertindak. Begitupun, lain halnya dengan si kecil.
Ibu bapa dan penjaganya perlu sentiasa prihatin kepada perubahan di alami mereka. Kadang kita hanya pandang dari luaran. Akan tetapi, bahagian dalam mulut si kecil juga jangan lupa untuk diambil kira untuk sentiasa diperiksa.
Perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan ini barangkali boleh dijadikan panduan agar tidak mengabaikan terutama si kecil yang mudah terkena peny4kit j4ngk1tan ini:
G4ngguan kesihatan
Tahukah anda, ada suatu keadaan yang mana lidah seseorang boleh mengalami perubahan dan kelihatan mirip seperti buah strawberi?
Keadaan ini disebut sebagai “Strawberry Tongue” dan ditandai dengan gejala seperti:
– Lidah membengk4k
– Permukaan lidah menjadi lebih kasar dan kelihatan berbiji-biji
– Warna lidah bertukar menjadi merah terang.
Perubahan bentuk lidah ini boleh menjadi suatu petanda masalah kesihatan yang serius dan biasanya berpunca daripada beberapa g4ngguan kesihatan seperti:
1. Peny4kit Kawasaki (Kawasaki dise4ase) iaitu peny4kit yang berkaitan dengan inflamasi yang berlaku terhadap arteri atau pembuluh d4rah.
2. Dem4m Scarlet (Scarlet fever) iaitu j4ngk1tan bakteria yang berlaku pada bahagian kerongkong.
3. Ala han atau al3rgi terhadap makanan dan ub4t-ub4tan tertentu.
4. Toxic shock syndrome iaitu gej4la sampingan daripada j4ngk1tan b4kter1a tertentu.
5. Kekurangan vitamin B12.
Malah ada beberapa laporan terbaru di luar negara yang menunjukkan hubungan yang mana pes4kit yang mengalami Kawasaki disease turut sama didapati positif peny4kit c0v1d-19
Apa yang lebih merisaukan adalah kebanyakan gejala ini lebih mudah terjadi pada pes4kit kanak-kanak.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada lidah disertai bersama dem4m yang tinggi, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan secepat yang mungkin.
Kredit: FB Dr Mohd Khairul Izwan
Sumber : Sinar
Leave a Reply Cancel reply