“Ada 2 Perkara Yang Tak Berubah Sejak 10 Tahun Lalu…”- Shahida Sesuatu Mengenai Dedah Aliff Syukri

Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengimbau kenangan sewaktu keluarga mereka tidak sepopular kini.

Menerusi laman sosial Instagram, Shahida berkongsi dug4an dan cabaran yang dilalui untuk mencapai tahap pada ketika ini adalah tidak mudah.

“Masa ni tahun 2011… Masa ni kita bahagia dengan cara kita. Tak dikenali seperti hari ini. Tetapi dvgaan dan cabaran yang dilalui untuk sampai ke hari ini juga bukan mudah.

“Tetapi bersyukurlah, apa pun yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik sebenarnya,” kongsinya.

Namun Shahida juga menyatakan terdapat dua perkara yang tidak berubah dalam kehidupan mereka walaupun usia perkahwinan mencecah hampir 10 tahun.

“Ada dua perkara yang tidak berubah sampai sekarang iaitu @aliffsyukriterlajaklaris tetap dengan jubah dia dan saya tetap dengan tudung sarung saya.

“Meskipun hampir 10 tahun berlalu… Banyak benda berubah tetapi dua benda ni memang sukar nak ubah,” tulisnya.

Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.

 

Sumber : Gempak via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*