Ini Senarai SOP Yang Ditetapkan Untuk Jemaah Haji Tahun Ini

Menurut laporan Arab News, pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dilakukan bagi mereka yang akan mengerjakan haji tahun ini berikutan selepas mengambil kira faktor kebersihan dan mengelak penu1aran w4bak COVID-19.

Terdahulu kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bermula 29 Julai ini.

Antara SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Jemaah haji tahun ini ialah:

#1 Di1arang Menyentvh Kaabah Dan Menc1um Hajarul Aswad

Menyentvh Kaabah dan menc1um Hajarul Aswad adalah di1arang sama sekali untuk memastikan kebersihan berada ditahap paling maksimum, selain dapat mengelak ‘close contact’ sesama jemaah.

#2 Bawa Sejadah Sendiri

Jemaah perlu membawa sejadah sendiri sepanjang menunaikan haji. Karpet masjid akan ditanggalkan dalam tempoh ini.

#3 Tak Boleh Makan Dalam Masjid, Water Cooler Ditutup

Makan dan membawa makanan di dalam masjid tidak dibenarkan sama sekali. Semua water coller sekitar masjis akan ditutup.

#4 Kekalkan Penjarakkan Sosial

Sama seperti di tempat-tempat lain, kerajaan Arab Saudi juga menetapkan penganjur dan jemaah perlu sentiasa kekalkan penjarakan sosial dengan jarak 1.5 meter sepanjang masa. Selain itu, jemaah perlu sentiasa memakai pelitup muka.

#5 Jemaah Perlu Berusia 65 Kebawah Dan Tiada Penyak1t Kr0nik

Pihak berkuasa negara itu mengumumkan ibadah haji yang sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kr0nik.

Jemaah akan menjalani ujian pemeriksaan sebelum tiba di Makkah dan perlu menjalani kuarantin di rumah selepas menunaikan haji.

Wukuf Arafah jatuh pada 30 Julai 2020, iaitu pada Khamis ini.

 

Sumber: Gempak, Foto: Google

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*