KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan mengehadkan jumlah haiwan untuk ibadah k0rban sempena Aidiladha, tidak lebih daripada 10 ekor bagi masjid dan surau, termasuk lokasi k0rban yang dibenarkan Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , berkata ia adalah sebahagian daripada hasil semakan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidiladha dilakukan kerajaan, selepas mengambil kira risik0 penu1aran semula jangk1tan COVID-19.
Beliau berkata, had jumlah haiwan untuk ibadah itu adalah tertakluk kepada keluasan lokasi k0rban.
“Selain itu, jumlah kehadiran sewaktu ibadah k0rban mengikut nisbah 20 orang untuk setiap ekor haiwan.
“Jamuan makan di tapak k0rban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.
Sumber: BH
Leave a Reply Cancel reply