Tampil dengan konsep unik untuk video muzik single terbaharunya berjudul Boneka, penyanyi Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri menerima pelbagai reaksi netizen yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka.
Bagaimanapun, Ernie berkata, kec4man diterima itu merupakan sesuatu yang normal kepada seseorang selebriti yang mahu tampilkan kelainan.
“Bukan saja video klip saya, banyak lagi video klip yang pernah menjadi perhatian. Cuma kali ini memang sesuatu yang lain.
“Imej sebegini tak pernah dilakukan jadi untuk orang dijadikan bahan jenaka ialah satu benda yang normal… saya tak boleh nak m4rah,” katanya kepada mStar.
Video muzik lagu Boneka yang dimuat naik pada Jumaat lalu dikatakan terlalu banyak menggunakan kain sehingga ada yang mengatakan ia seperti babak di kedai tekstil.
Ernie berkata setiap orang mempunyai interpretasi tersendiri terhadap sesuatu hasil seni.
Dia juga tidak mahu memaksa orang ramai untuk menyukai konsep bagi video muzik berkenaan.
Ernie turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana konsep yang dibawa dalam video muzik kali ini mendapat perhatian di laman sosial.
“Kalau itu yang membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, kenapa tidak? Sebab seni ni sangat subjektif, seni ni sangat besar maksudnya.
“Kalau saya sukakan konsep sebegini, tak semua orang suka. Kalau saya kata saya tak suka, mungkin orang lain suka.
“Tak ada apa yang buat saya rasa tak best ke apa. Saya okey saja, saya gembira. Selagi orang ambil perhatian pada lagu ni dan menghargai lagu ni, Alhamdulillah.
“Saya memang nak tampilkan sesuatu yang lain kali ini. Genre lagu ini berbeza dari apa yang saya pernah lakukan sebelum ini,” jelasnya.
Bercerita tentang single tersebut, juara Bintang RTM 2009 ini berkata dia ingin memberikan yang terbaik untuk peminat yang menantikan penampilan baharunya sejak berhijab.
Namun, Ernie tidak menganggap imej berhijab menjadi penghalang untuk dia terus berkarya dan berfesyen.
“Saya nak beri yang terbaik. Saya rasa bersyukur sebab diberi perhatian. Saya pasti orang menantikan penampilan saya dalam video muzik sejak bertudung.
“Bertudung tak menghalang saya daripada melakukan sesuatu tapi saya juga harus berjaga-jaga dengan imej ini. Kalau saya tak berani ambil risik0, sampai bila-bila saya takkan mula buat sesuatu yang berbeza, ” ujarnya.
Boneka mengisahkan tentang seorang wanita yang meneruskan kehidupan selepas ditinggalkan dan tidak dipedulikan oleh kekasihnya.
Antara komen warganet:
Sumber: Mstar, Ig @ erniezakri
Leave a Reply Cancel reply