Baru-baru ini,telah tu1ar di media sosial mengenai pelakon dan pengacara Neelofa dengan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa.
Mereka dilihat semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila Riz sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.
Namun begitu, bagi Neelofa, dia tidak memandang serius apabila dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan Riz.
Neelofa yang sudah lali dengan g0sip memberitahu bahawa dia sudah mengenali Riz hampir tiga tahun menerusi beberapa kerjasama yang dilakukan sebelum ini.
“Ramai yang tak tahu sebenarnya kami dah lama bekerjasama sejak tiga empat tahun lalu. Saya banyak buat program yang melibatkan Ustaz Riz dan Ustaz Tarmizi.
“Tetapi pada ketika itu orang tidak memberikan fokus kepada program-program berkenaan kerana tidak melibatkan media dan hanya untuk peminat serta mereka yang terlibat dengan Neelofa Hijab. Rasanya dah lebih lapan kali kami bekerjasama,” katanya.
Neelofa ditemui pada sidang media program Next To Neelofa bertemat di Alexix, Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengulas mengenai PU Riz, Neelofa menjelaskan dia mempunyai sebab tertantu melantik jejaka itu sebagai jurucakap Pertubuhan Kasih Neelofa.
“Pertama sebab kami dah biasa bekerjasa dan selain itu juga mempunyai kredibili untuk menjadi jurucakap bagi menerangkan mengenai setiap aktiviti yang berlangsung dalam pertubuhan ini.
“Saya memerlukan seseorang yang ada platform dalam bidang seni yang boleh menjadi jurucakap memandangkan saya tiada latar ilmu agama yang kuat supaya dapat menyampaikan sesuatu dengan tepat.
“Selain itu jadual Riz juga lebih flexible kerana dia masih belajar manakala jadual ustaz Tarmizi pula sudah padat.
“Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak dan mempunyai latar belakang agama yang bagus.
“Maksudnya dia bukan sahaja seorang yang pelajar malah dia juga seorang pendakwah yang boleh menarik orang untuk mendengar tazkirah.
“Saya rasa itu merupakan satu x-faktor yang tak ramai orang ada. Muda, bijak dan dalam masa yang sama boleh menyampaikan dakwah kepada orang ramai,” jelasnya.
Sumber: Gempak, Foto: @neelofa
Leave a Reply Cancel reply