Ada 3 Anak Perempuan, Ramai Tertarik Tengok Wajah Cantik Anak Fiza Halim!

MasyaAllah, cantik dan manisnya ketiga-tiga anak perempuan Fiza Halim! Walau masih kecil dan dua daripadanya sedang meningkat remaja tapi sudah terserlah kejelitaan mereka. Seperti ibu tersayang, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali. Beruntung tiga anak ini kerana mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.

Sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri Abdul Kudus, Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Pun begitu, Fiza aktif mengemaskini dan berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di laman media sosial miliknya

Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza mencvri perhatian peminat dan warga net. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaru Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencvri tumpuan tentunya dua anak gadis Fiza yang kian meningkat dewasa.

Feera Aryanna Ahmed Farriq kini meniti usia 12 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq pula berusia 11 tahun. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan. Tidak kurang juga cahaya mata terbaru Fiza hasil perkahwinannya bersama Aizat iaitu Siti Aleena Adra atau lebih dikenali sebagai Baby Aleena.

 

Seperti kakak-kakaknya, Baby Aleena yang dilahirkan pada 24 September 2018 juga tidak terkecuali mendapat perhatian kerana kecomelan yang dimiliki. Berkongsi perkembangan

Aleena, Fiza ketika dihubungi berkata anak ketiganya ini makin bijak dan menghiburkan mereka sekeluarga. “Sekarang ni dah masuk 1 tahun 7 bulan. Ragam Aleena ni macam-macam. Dia dah pandai ikut gaya orang terutamanya buat gaya Tok mar4h dan mummy mar4.

Lepas tu kalau kita mar4h dia, lakonan ratu air mata tu hebat sangat. Tapi bila kita ambil dia dukung, autom4tic akan stop dan dia senyum balik. Rupanya semua tu hanya lakonan semata-mata. Sampai suami pun sempat gurau kata, “Tengoklah mak dia siapa, pelakon kan.” Kami panggil dia dengan nama manja Baby Aleena tapi kalau dia merajuk saya akan panggil dia Annina.”

Ditanya bagaimana penerimaan kedua-dua kakaknya sejak kehadiran Aleena, aktres ini memberitahu semuanya dalam keadaan baik. “Syukur alhamdulillah, mereka dibesarkan dalam keluarga yang baik. Jadi semua tak ada masalah langsung. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra sayang sangat-sangat dengan Baby Aleena. Kalau tak video call sehari tak sah. Wajib VC!

Saya bersyukur Baby Aleena dikelilingi oleh ramai kakak-kakak dan adik-anak yang sayangkan dia. Dia memang rapat dengan kakak dia termasuklah dengan anak baru (bekas suami pertama). Mereka sayang dengan Baby Aleena. Kalau VC tu, semua nak cakap dengan Baby Aleena, siap mereka reka cipta lagu BABY ALEENA untuk dia lagi. Panggil saya pun mummy.

Jadi saya tak rasa kekok langsung malahan saya lebih happy sebab macam saya punya ramai anak. Lepas ni kalau keluar, pasti ramai yang confuse berapa orang anak saya,” ujarnya sambil ketawa.

Tambahnya lagi, “Jujur saya katakan, saya memang suka budak-budak dan sayang anak-anak syurga ni. Saya happy bila semua panggil saya mummy dan kami seumpama satu family. Saya pun kerap berulang-alik dan rapat dengan semua. Jadi saya rasa sayalah wanita yang paling bertuah dan beruntung sebab mempunyai hubungan sebegini. Syukur sangat-sangat.”

Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini, Fiza ialah isteri Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan rumah tangga mereka bertambah bahagia sejak kehadiran Baby Aleena.

 

 

Sumber : Nona via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*