Pelakon dan usahawan Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin telah berkahwin dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019 dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu.
Terbaharu, Ardell Aryana meluahkan rasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya matanya yang pertama.
Disebabkan ramai yang bertanya macam mana pantang, Ardell telah berkongsi perkara tersebut di laman intagram miliknya.
“Throwback hari ke 7 berpantang (Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi. Sekarang kuss semangat ) Alhamdulillah hari ni dah habis 44 hari berpantang kami.
“Yang tanya saya ambik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka. Bolehlah tanya-tanya tentang service dari diorang,” tulis Ardell.
Menurut Ardell, untuk CL dia dari @pantangplus, dan mengambilnya untuk 7 hari sahaja. Selebihnya dia menjaga diri sendiri selepas tenaga kembali pulih.
“Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.
“Barang-barang keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing. Jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu,” tambah Ardell lagi.
Menurut Ardell lagi, sesiap yang mahu mencari orang yang ingin menjaga, boleh mencubanya, dan anda perlu berehat sahaja.
“Selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga, urut, bertungku semua. Yay dah Merdeka,” tulis Ardell yang seronok menghabiskan masa pantangnya.
Perkongsiannya iti telah mendapat pelbagai komen dari pengikutnya.
Sumber: Gempak, Ig @ardellaryana
Leave a Reply Cancel reply