Betul Ke Berjalan Selepas Makan Baik Untuk Kesihatan? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Kita mungkin pernah mendengar nasihat agar tidak terus duduk atau tidur selepas makan agar tidak mengganggu sistem pencernaan.

Atas sebab itu juga, ada di antara kita yang memilih untuk berjalan selepas makan kerana menganggap ia mampu memberi kesan positif kepada sistem pencernaan dan kesihatan.

Meskipun tiada kajian khusus mengenainya, namun secara umum aktiviti fizikal memang memberi kesan positif kepada kita.

Melakukan senaman selepas makan dapat memberi manfaat kepada sistem pencernaan.

Gerakan tubuh dapat meningkatkan rangsangan pada perut dan usus sehingga makanan dapat bergerak dengan lancar. Selain itu, senaman ringan seperti berjalan kaki juga dapat memberi perlindungan pada saluran pencernaan.

Aktiviti fizikal ini juga dikatakan dapat melindungi diri kita daripada risik0 penyak1t berkaitan usus, sembe1it dan ped1h ulu hati.

Bagi pender1ta penyak1t d1abetes, aktiviti ringan ini juga dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah agar tidak terlalu tinggi.


Sebaik-baiknya berjalan antara 10 ke 15 minit selepas makan.

Ia juga dapat memberi manfaat kepada mereka yang tidak mengalami penyak1t tersebut.

Jika kena pada gayanya, berjalan kaki selepas makan dapat membantu mengurangkan berat badan selain membuatkan perut rasa selesa dan tidak kembung.

Sebaik-baiknya, jangan terus berjalan selepas makan, sebaliknya tunggu 10 hingga ke 15 minit dan berjalan secara perlahan.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*