Dikatakan Tidak Hormati Masjid, Ini Penjelasa Alif Satar

Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Alif Satar telah mencur1 perhatian ramai apabilla berkongsi mengenai sejadah sandar semasa menunggu untuk menunaikan solat Jumaat semalam.

Perkongsiannya itu telah menimbulkan pert1kaian dalam kalangan pengikut Instagramnya. Ada yang  menyifatkan pelakon, pengacara serta penyanyi itu tidak menghormati masjid.


Namun begitu, Alif bapa kepada tiga orang cahaya mata ini tidak melenting masalah berkongsi sedikit ilmu yang dibacanya.

“Salam geng! Disebabkan ada perbincangan pasal kaki menjulur dalam masjid lah, d0sa sandar dalam masjid, berd0sa kaki arah kiblat lah dan macam-macam lagi.

“Nah Alif kongsi dari buku yang Alif baca ‘Kenali Rasul Kita Muhammad’. Semoga memberi manfaat kita bersama,” katanya yang turut berhasrat untuk memasarkan sejadah sandar sedikit masa lagi.

Dalam artikel berkenaan, dijelaskan bahawa keharusan berbaring sambil menyilang kaki di dalam masjid dengan syarat tidak mendedahkan aurat. Jika aurat terdedah, maka itu adalah ditegah.

Menurut Imam an-Nawawi, dalam hadis ini terhadap dalil bagi keharusan bersandar dan berbaring menelentang atau berlunjur di dalam masjid.

Sebahagian ulama antarabanya Qadhi ‘Iyadh berpandangan keharusan berbaring di dalam masjid itu hanyalah kerana darvrat atau ketika perlu sahaja seperti kepenatan, ingin berehat atau seumpamanya kerana ini bercanggah dengan kebiasaan Nabi SAW.

 

Sumber: Ig @alifsatar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*