“Bersikap Terbuka Bukan Bermakna Kita Lemah” – Fadlan Hazim

Pelakon filem Sangkar, Fadlan Hazim ternyata bersifat terbuka dengan perasaan yang dilaluinya apabila dia bercerita tentang ganggvan em0si dan fikiran.

Fadlan yang berkongsi kisahnya di Instagram miliknya sebelum ini pernah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan ada yang menghantar mesej peribadi (DM) tentang pengalaman mereka sendiri menghadapi masalah kesihatan menta1 dan travma ketika kecil.


“Tujuan sebenar saya berkongsi keadaan saya selepas sekian lama hanyalah untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya kesihatan menta1 dan menghentikan stigma penyak1t menta1.

“Saya harap kepada sesiapa yang masih struggle untuk menjadi lebih baik seperti saya, cepat-cepatlah pergi jumpa pakar,” tulis Fadlan di satu entri di Instagramnya.


Sebagai pelakon, Fadlan sering mendapat sokongan dan apa jua yang diharapkan daripada pihak pengurusannya, Titanium Pictures yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Nik Akmal Yassin dan Aina Liza.

Menurut Fadlan, tidak ada salahpun untuk lebih terbuka dengan masalah yang dihadapi kerana perkara tersebut tidak membuatkan seseorang itu lemah dan tidak mampu melakukan perkara seperti orang lain.


“Tak salah pun to be open about it sebab kita bukan lemah dan tak mampu buat benda yang orang normal buat, like me I still manage to go to work n perform macam biasa everyday.

“Saya masih lagi dapat menikmati hidup, buat perkara yang saya sukai walaupun saya masih berjuang dengan keadaan saya dan travma masa lalu,” kongsi Fadlan.

Menurut Fadlan, paling penting dia bersyukur masih mampu mengejar impiannya untuk menjadi pelakon yang dikenali ramai.

“Alhamdulillah. Apa-apapun jangan sekali lupa untuk berdoa dan memohon kepada Yang Esa. Tidak pernah akan terlewat untuk anda memulakan penghidupan baru,” tulis Fadlan lagi.

Fadlan juga sering mendapat sokongan yang padu daripada kekasih hatinya, Julieanne Kang.

 

Sumber: Gempak, Ig @fadlanhazim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*