Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3.
Terbaharu, Bella Astillah telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 6.10 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan Bella menerusi akaun instagram miliknya beserta foto pertama bersama anak perempuannya itu buat tatapan para peminat dan rakan artis.
“Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella
“Yayy, it’s our first wefiee,” tulisnya.
Bella turut mended4hkan proses melahirkan kali ini memakan masa agak lama jika dibandingkan dengan anaknya yang pertama, Ayden.
“Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah.
“(Abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah),” tulisnya.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai selepas meraih lebih 190,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah diatas perkhabaran gembira tersebut selain turut mendoakan semoga proses berpantang Bella dipermudahkan.
Sumber: Ig @bellaastillah
Leave a Reply Cancel reply