Lufya Omar Seb4k Kenang Nasib Anak Membesar Tanpa Bapa

Rumah tangga yang dibina akhirnya bertemu titik noktah pada 17 Jun lalu, Lufya Omar akui kec3wa dengan tindakan bekas suaminya Dr Che Hafiz yang did4kwa gagal menjalankan tugas sebagai bapa kepada anak mereka.

Menurut Lufya, sudah hampir setahun setengah bekas suaminya itu tidak berjumpa dengan anak perempuan mereka, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun. Lufya menegaskan dia tidak pernah menghalang suaminya untuk berjumpa anak mereka.

“Seperti yang diketahui saya dan Dr Che Hafiz telah sah bercer4i 17 Jun lalu. Namun ada perkara yang saya tak dapat terima apabila dia (bekas suami) meminta agar saya tidak menghalangnya daripada menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

“Hakikatnya saya tak pernah halang dia berbuat demikian. Dia nak jumpa anak saya okay. Saya dah cakap banyak kali siap ada bukti mesej. Saya cakap dia boleh datang rumah jumpa anak.

“Kalau tak nak datang rumah tengok muka kita dia boleh pergi library, atau taman permainan dan tempat selesa untuk jumpa anak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya kepada mStar Online.

Tidak dapat menahan air mata memikirkan nasib anaknya yang membesar tanpa bapa, Lufya mengagumi sifat pelakon Sharnaaz Ahmad. Lufya berkata meskipun berdepan kem3lut rumah tangga, Sharnaaz sanggup menurunkan eg0 demi anak.

“Saya betul-betul kagum dengan sifat pelakon Sharnaaz Ahmad. Dia turunkan eg0 dia, kem4rahan dia dan sebagainya kerana anak. Anak saya perempuan, saya tak boleh terima.

“Lama dia tak jumpa anak. Dalam setahun lebih dia tak jumpa. Saya fikir pasal Haura, pasal masa depan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak membenarkan suaminya itu berjumpa dengan anaknya selain daripada kawasan rumah.

“Ada sebab kenapa tak boleh tapi tak saya boleh cerita. Saya seorang ibu dan saya seorang perempuan saya kena jaga anak saya.

“Saya tak nak share tapi adalah sebabnya. Kalau tak nak bincang dengan saya tak mengapa, just jumpa anak,” katanya.

 

Sumber : Mstar via Rotikaya via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*