Pelakon Hans Isaac dan rakan baiknya penyanyi rock Awie berkongsi kisah mereka menerusi program Rumah No 107.
Kisah eksklusif mengenai diri mereka itu didedahkan secara eksklusif menerusi program berkenaan.
Menerusi sedutan foto Rumah No 107, jelas kelihatan Awie tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata begitu juga dengan Hans.
Program bual bicara yang dihoskan oleh Khir Rahman itu ternyata berjaya menjentik hati dua lelaki malaya ini.
Selain Khir, Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Jangan lupa saksikan kisah penuh Awie dan Hans menerusi Rumah 107 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Sepatutnya Hans pilih Erra jadi isteri – Awie
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie menggamatkan Baik Punya Concert 4D apabila mengeluarkan kenyataan rakannya, Datuk Hans Isaac sepatutnya memilih aktres terkenal , Erra Fazira sebagai isteri.
Kenyataan Awie ketika ditanya Datuk Afdlin Shauki dalam satu segmen konsert itu, mengundang sorakan dan jeritan penonton yang teruja dengan jawapan selamba diberikan vokalis kumpulan Wings itu.
“Dalam ramai bekas teman wanita yang pernah menjalin hubungan dengannya, saya rasa dia patut berkahwin dengan Erra,” katanya ketika konsert pembukaan di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini malam tadi.
Konsert berdurasi 90 minit itu turut menampilkan seorang lagi artis, Datuk AC Mizal.
Sebelum ini, Hans dan Erra pernah dikaitkan menjalin cinta, namun hubungan mereka tidak berpanjangan.
Sebagai satu-satunya lelaki yang masih bujang, Hans sering disakat, malah statusnya itu turut menjadi bahan jenaka tiga rakan baiknya sepanjang konsert itu berlangsung.
Baik Punya Concert 4D bukan sahaja menonjolkan nyanyian, sebaliknya turut menampilkan naratif mengenai perjalanan hidup empat sahabat itu yang dipersembahkan menerusi -sketsa pendek. Persembahan masih diteruskan malam ini dan esok.
Sumber : GEMPAK
Leave a Reply Cancel reply