“Saya Doakan Yang Baik-Baik Buat Lufya Dan Saya Harap…” – Dr Che Hafiz

Terdahulu, Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum dan Lufya Omar mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Semalam Dr Che Hafiz mengakui telah bercer4i ta1ak satu dengan Lufya  pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Lufya yang kemudiannya dihubungi oleh pihak Gempak mengakui tentang status perkahwinan bersama bekas suaminya itu, tetapi pada awalnya enggan memberikan sebarang komen.


Namun selepas itu, dalam satu kiriman mesej kepada Astro Gempak, Lufya memberitahu bahawa pencer4ian itu terjadi disebabkan kegagalan Che Hafiz dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya digalas sebagai suami dan bapa.

Terbaru di Instagram milik Che Hafiz, dia memuat naik satu status mengenai pencer4iannya itu.

“Bismillahirrahmanirrahim. Sesungguhnya diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata, itu saya sangat setuju tetapi kalau terlalu diam pun sebenarnya adakalanya bah4ya juga untuk diri kita.

“Saya yakin di mana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang akan beritahu matlamat mereka selepas berkahwin adalah semata-mata untuk bercer4i,” tulis Che Hafiz.

Tambah Che Hafiz, tidak kira suami atau isteri pastinya ingin membina keluarga bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

“Melainkan Sehinggalah jalan terakhir untuk setiap permasalahan yang berlaku di dalam rumah tangga di mana hanya pencer4ian sahaja adalah jalan terbaik selepas pelbagai usaha yang telah dilakukan demi menyelamatkan hubungan sesebuah perkahwinan.


“Walaupun saya dan Lufya sudah tiada apa-apa lagi ikatan hubungan suami isteri secara sah dan setelah apa yang saya lalui, saya redha dan terima perkara ini dengan baik.saya percaya disebalik apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” tulis Che Hafiz lagi.

Di dalam entri tersebut, Che Hafiz turut memberitahu bahawa dia tetap akan mendoakan yang baik-baik buat Lufya dan meminta Lufya menjaga anak mereka, Lanaa Haura dengan baik.

“Akhir sekali saya berharap agar doa saya untuk meluangkan masa dengan anak saya tercapai dan semoga saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sempurna tanpa disusahkan atau mendapat sebarang halangan,” tulisnya lagi.


Sumber: Gempak, Ig @drchehafiz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*