Miliki Badan Cantik Di Usia 42 Tahun, Sarimah Ibrahim Kongsi Tips

Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mencvri perhatian wargamaya apabila kelihatan fit dengan mengamalkan senaman yang bersesuaian.

Menerusi laman sosial Instagram, Sarimah memuat naik beberapa buah foto sesi senamannya untuk tatapan umum.

“Nak body cantik? Kena bakar baik punya. Buat yoga pagi tadi dan killer workout sekejap lagi. Fokus disini adalah punggvng dan hamstring. Senang je cari langkah di mana sahaja anda berada dan bersandar pada kekuatan punggvng.


“Saya berusia 42 tahun jadi susah untuk saya membakar lemak, sebab tu saya bina otot untuk membantu membakar lemak sepanjang hari,” tulis Sarima menerusi ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian tersebut, Sarimah dilihat menggunakan tangga bagi senaman squats yang bermanfaat pada bahagian punggvng.

Selain itu, dia dilihat turut melakukan senaman angkat berat bagi membina otot.

 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengambil inspirasi daripada aksi Sarimah dan mengakui kehebatannya yang kekal jelita dan sihat pada berusia 42 tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*