Dapat ‘Silver Play Button’ YouTube, Ini Orang Pertama Sugu Pavithra Ucap Terima Kasih

Pasangan YouTuber Sugu dan Pavithra berkongsi momen gembira menerima ‘Silver Play Button’ daripada laman sosial tersebut.‘Silver Play Button’ tersebut diterima mereka di atas pencapaian 100,000 subscribers di akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’.

Menerusi video yang dikongsi, S. Pavithra dan suami M.Sugu mengucapkan terima kasih kepada pengikut mereka.Pavithra turut memberikan terima kasih kepada ‘Kakak Seri’, orang pertama yang memperkenalkan YouTube kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami selama ini, terutama sekali Kakak Seri yang telah memperkenalkan YouTube kepada saya.

“Kakak Serilah yang ajar saya cara nak buat video dari mula sampai akhir. Sampai sekarang saya ingat dan ikut,” katanya.

Menariknya, pasangan suami isteri ini turut meraikan detik manis ‘unboxing’ pada dua hari lalu bersama jiran tetangga.

Mereka menjemput jiran terdekat ke rumah dengan mengadakan majils ‘makan-makan’ secara kecil-kecilan disamping menjamu sebiji kek dan KFC.

Mula menjadi Rakan Youtube (YouTube Partner) pada Januari lalu, pengikut pasangan YouTuber suami isteri sensasi itu kini telah meningkat kepada 773,000 subcribers.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*