Ustaz Ebit Lew Bakal Buka Elewsmart Tidak Lama Lagi

Pend@kwah dan penceramah bebas Ustaz Ebit Lew bakal buka Elewsmart bermula minggu hadapan.

Menerusi kongsian Ustaz Ebit Lew di Instagram, Elewsmart akan dibuka di 10 cawangan secara keseluruhan, 2 akan dibuka pada minggu hadapan dan 8 cawangan lain pada minggu seterusnya berturut-turut.


Ustaz Ebit memohon mendoakan supaya kedainya meletakkan harga termurah untuk semua dan sekarang ingin memberi promosi sempena hari pembukaan rasmi kedainya.

“Pohon doakan yer @Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand opening di setiap cawangan.

“Bandar Baru Bangi dibuka sabtu depan 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut”, Tulis Ustaz Ebit Liew.

Dengan pembukaan Elewsmart, semoga mendapat sambutan yang baik dari semua pihak dan semoga niat Ustaz Ebit Lew untuk membantu semua orang dapat direalisasikan.

Sumber: IG @ebitlew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*