Mutasi Baharu COVID-19 Semakin Mudah Berjangk1t

Kajian saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu v1rus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Mutasi baharu itu menjadikan v1rus berkenaan lebih mudah berjangk1t tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangk1ti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.

“Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangk1ti pesak1t,” kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.

Pasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangk1t.

“V1rus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbah4ya,” kata Saphire.

Mutasi terbaharu itu mempengaruhi spike protein, struktur yang digunakan v1rus untuk masuk ke sel yang dijangk1ti.

Para penyelidik menamakan mutasi baharu itu sebagai G614, dan memaklumkan mereka tidak menemui bukti jangk1tan v1rus itu akan menjadi lebih buruk.

Ini mungkin satu berita baik, kata Lawrence Young, seorang profesor onkologi pervbatan di University of Warwick, United Kingdom.

“Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik,” katanya.

“Jadi kita masih ada harapan dan kebolehrawatan pesak1t masih tinggi walaupun ia semakin mudah berjangk1t,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*