“Kalau Majistret Macam Ni Saya Sanggup Terima Hukvman” – Ramai Cair Bila Tok Ti Jadi Hakim

Muzik viideo single daripada album terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu 7 Nasihat telah pun dilancarkan semalam.

Muzik Video tersebut dimuat naik jam 7 petang dan sehingga artikel ini ditulis, lagu berkenaan telah pun ditonton sebanyak 64,000 kali.

Menariknya tentang video muzik tersebut, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dilihat membawa peranan sebagai hakim manakala Kmy Kmo dan Luca Sickta bertindak sebagai peguam bela.

Peranan hakim yang jarang dibawa oleh penyanyi nombor satu negara kemudian mencuit ramai penonton.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya kagum dan memuji ‘lakonan’ yang dibawa oleh Siti Nurhaliza.

Malah, banyak juga komen-komen ‘naka1’ yang tidak kisah dijatuhkan hukvman jika hakim majistret adalah Tok Ti.

“Kalau Puan Majistret macam ni, saya sanggup dijatuhkan hukvman,” kata seorang pengguna YouTube dikenali sebagai Aiyani.

“The cutest Hakim ever” kata Naim Naimi.

Anda boleh lihat antara respon dan komen menaik mengenai video muzik tersebut.

Untuk rekod, 7 Nasihat merupakan sebahagian lagu diterbitkan dalam album terbaru TokTi iaitu ManifestaSITI2020 yang baru dilancarkan 3 Julai lalu.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*