Aktres jelita Siti Saleha mendedahkan dia dan aktor Shukri Yahaya sepakat untuk mengurangkan babak bersentvhan dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Kata Saleha, walaupun banyak adegan romantik namun mereka berjaya melakukan dengan fokus kepada dialog.
“Saya dan Shukri dah lama bekerja bersama sejak awal tahun 2014 dan kami memang berkawan. Sebenarnya nak habiskan penggambaran drama ini penuh cabaran terutamanya adegan romantik yang banyak sangat.
Jadi saya banyak berbincang dengan Shukri dan pengarah supaya mengurangkan babak bersentvhan kalau boleh.
“Alhamdulillah ia menjadi hanya dialog sahaja sudah memadai . Saya sangat bersyukur sebab Shukri sangat memahami dan saling memberi untuk menjayakan setiap babak,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Saleha lagi, ini dia menerima sekiranya terdapat penonton yang membandingkan dengan 7 Hari Mencintaiku
“Alhamdullillah sejak episod pertama dah trending. Saya harap pengikut drama suka dengan jalan cerita musim kedua.
“Susah nak halang peminat dari membandingkan dengan cerita musim pertama kerana mereka akan. Saya hanya berharap mereka akan menyukai musim ini,” katanya lagi.
Selain Saleha dan Shukri, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply