Sepanjang Tempoh PKP, Ini Duit Yang Terpaksa Digunakan Shukri Yahaya Demi Tampung Perbelanjaan

Pelakon Shukri Yahaya memberitahu dia terpaksa menggunakan duit simpannya untuk perbelanjaan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Akui terjejas mata pencarian, kata Shukri banyak hikmah yang dipelajarinya daripada ujian yang melanda.


“Sepanjang PKP saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan tiada apa lagi boleh dilakukan memandangkan saya pun tiada bisnes.

“Jadi, terpaksalah guna duit simpanan sedikit dan isteri pun ada bantu melalui perniagaan dia.

“Bagi saya PKP tidaklah terjejas sangat cuma tiada apa yang masuk dan perlu bergantung pada simpanan sepenuhnya,” katanya kepada Gempak.


Tambah Shukri, dia menarik nafas lega apabila kerajaan sudah mula membenarkan industri beroperasi semula dengan SOP yang ditetapkan.

“Kalau sampai setengah tahun mungkin akan rasa terdesak dan pastinya semua akan rasa yang sama.

“Syukur kini pelakon sudah dibenarkan bekerja semula dan saya pun keluar mencari rezeki,” katanya yang baru selesai penggambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaimu musim kedua.

Sumber: Gempak, Ig @shukriyahaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*