“Kali Ni Struggle Sikit Berbanding…” – Isteri Rody Kumpulan Kristal Selamat Bersalin Anak Ke-2!

Terdahulu, gitaris kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin telah mendirikan rumah tangga bersama Niena Azman yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata pertamannya yang diberikan nama Adithya Jabbar pada 14 Januari 2019.

Terbaharu, Niena baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Niena memaklumkan berita gembira itu menerusi satu posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Alhamdullilah, akhirnya keluar hero juga.

“Kali ni struggle sikit berbanding Adith, apapun terima kasih kepada Dr.Yuli dua-dua hero die sambut.

“Tenang je die walaupun niena dah macam apa je dekat labor room tu.

“Terima kasih semua mendoakan Niena dan baby,” katanya.

Perkongsiannya itu dipenuhi dengan ucapan tahniah.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @niena_azmann

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*