“Nak Beli KFC Duit Tak Cukup” – Kisah Gadis Ini Belanja Uncle Cina Dapat Pujian Netizen

Kisah seorang gadis membelikan set hidangan kepada seorang lelaki tua berbangsa Cina mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter milik Raja Farah Sofea, dia nekad untuk berkongsi rezekinya bersama lelaki tersebut kerana tersentuh mendengar perbualan di kaunter restoran makanan segera itu.

“Ada nampak pak cik berbangsa Cina ni datang KFC naik basikal, pastu terdengar perbualan dia dengan bro KFC tu.

Pak Cik: dik, RM10 boleh dapat apa ya??

Bro KFC: snack plate ada ayam dalam RM16 pakcik.

“Lepastu pak cik tu beredar pergi ke basikal dia, nak balik la kot,” kongsi Raja Farah.

Dia kemudiannya meluru mendapatkan lelaki berkenaan dan membelikan set hidangan yang dikehendaki.

“Jadi, saya pun pergi kat pak cik tu.

“pakcik nak beli KFC ke??”

“haah, nak beli untuk cucu, tapi duit tak cukup”

“Saya pun belanjalah pak cik ni KFC dan seronok dapat tengok pak cik ni senyum tadi,” tambahnya.

Belajar daripada peristiwa tersebut kata Raja Farah, tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan individu yang memerlukan kerana ganjaran yang akan diperoleh berlipat kali ganda kelak.

“Morale of the story, kalau kita ada rezeki lebih, bolehlah kita sedekah dekat orang lain.

“Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Insya-Allah, kalau kita buat baik, Allah akan bagi ganjaran yang besar esok hari,” katanya lagi.

Perkongsian Raja Farah mendapat lebih 10,000 ulang kicau dan 15,000 tanda likes.

Malah, ada yang tersentuh dengan kejadian yang dikongsikan oleh Raja Farah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*