Teringin Nak Anak Kembar? Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kriteria Ibu Bapa Perlu Ada

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukorr dan Datin Dr Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.


Dalam perkembangan terbaharu, Dr Halina kini hamil anak kembar buat kali kedua.

Terbaharu, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi beberapa tips untuk mendidik anak kembar di laman instagram miliknya.


Menurut Muszaphar, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengawal anak kembar kerana mereka kebiasaanya sangat aktif.

“Ramai yang bertanyakan kepada saya tips mahu memiliki anak kembar. Namun persoalannya adalah apakah yang perlu anda hadapi sewaktu menguruskan anak kembar?

“Anak kembar memang sangat-sangat comel tetapi hanya Allah sahaja yang tahu seberapa banyak usaha, masa dan tenaga yang diperlukan untuk membesarkan mereka.

“Kesusahan berganda namun kegembiraan juga berlipat kali ganda dan semuanya sangat-sangat berbaloi. Alhamdulillah,” tulisnya.


Muszaphar juga turut memberikan senarai kriteria yang perlu ada bagi setiap ibu bapa yang mempunyai anak kembar.

1. Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat aktif.

2. Kedua-dua ibu bapa harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

3. Anak-anak adalah yang paling utama berbanding perkara lain. Dahulukan anak-anak.

4. Anda akan kekurangan waktu tidur sepanjang masa.

5. Anda memerlukan banyak tenaga sewaktu menguruskan anak kembar.

6. Anda perlu merancang perkara lebih awal walaupun untuk benda-benda yang kecil.

7. Anda perlu sentiasa berw4spada setiap masa.

8. Berkemungkinan memerlukan banyak kos dan anda perlu membuat simpanan namun, Insha Allah, rezeki akan datang.

9.Anda memerlukan kekuatan ment4l dan fizikal yang tinggi.

10.Dan yang paling penting anda haruslah menyayangi dan menyukai kanak-kanak.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengikutnya.

 

Sumber: Gempak, Ig @drsheikhmuszaphar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*