Tangan Rasa ‘Terbak4r’ Akibat Pegang Cili Semasa Memasak? Ini Petua Untuk Hilangkannya

Kebanyakan masakan Melayu tak sah kalau tidak menggunakan cili bagi menambah rasa sedap, paling tidak sambal belacan sebagai pembuka selera.

Tapi, yang lecehnya proses pembuatannya akan memerlukan kita menyentvh, memot0ng, menumbuk sehingga tangan akan berasa panas dan ped1h akibat terkena cili.

Rasa panas dan terbak4r itu sebenarnya terjadi disebabkan cili mempunyai capsaicin yang merangsang rasa sak1t.

Cara paling mudah bagi mengelak rasa panas itu adalah menggunakan sarung tangan apabila memasak cili, namun ramai merasakan ia menyusahkan dan sukar.

Ada beberapa cara lain untuk menghilangkan rasa panas dan terbak4r pada tangan;

1. Cuci dengan sabun pencuci pinggan

Ketika tangan mula rasa panas, segera bilas tangan dengan sabun pencuci pinggan. Gosok sabun di seluruh bahagian telapak tangan dan juga dibawah kuku.

Sabun pencuci pinggan biasanya lebih mudah menghilangkan rasa panas pada tangan berbanding pencuci tangan biasa.

2. Gosok tangan dengan minyak zaitun

Minyak zaitun tak hanya bagus sebagai sumber lemak baik untuk tubuh tetapi juga untuk menghilangkan rasa panas cili pada tangan. Tak susah, hanya perlu menggosokkan minyak zaitun pada tangan sehingga rasa terbak4r hilang.

Biarkan satu ke dua minit sebelum membilas dengan air dan sabun pencuci pinggan.

3. Rendam tangan dalam susu

Terdapat pelbagai produk tenusu yang bersifat asid sehingga ia mampu membantu mengurangkan rasa panas pada tangan. Protein susu yang disebut sebagai kasein berfungsi sebagai pemecah capsaicin cili.

Mudah, hanya rendam tangan dalam semangkuk susu selama beberapa minit sehingga rasa panas mula reda. Kemudian bilas dengan air bersih.

Tapi ingat, sebelum tangan bersih daripada rasa sensasi panas dan terb4kar, jangan gosok mata atau menyentuh al4t sul1t kerana capsaicin pada cili mudah melekat dan menyebarkan rasa terbak4r pada bahagian tersebut.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*