Pelakon Yatt Hamzah telah mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Hasil pekongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina, 2, Suci Hawa Zulaikha berusia 5 bulan.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Terbaharu, Yatt mendedahkan perkembangan tumbesaran anaknya ketika bayi sedikit berbeza daripada kebiasaan bayi lain apabila tidak melalui proses merangkak.
Menurut Yatt keempat-empat anaknya tidak melalui proses tersebut ketika bayi, malah hanya mengesot dan terus berjalan.
“Baby Hawa baru 5 bulan dah berdiri. Adakah bulan depan Hawa akan berlari?
“Dari Kak Nia sampai Medina anak-anak Bonda (Yatt) semuanya jenis yang tak merangkak. Memang taka da rasanya gambar atau video mereka merangkak satu rumah.
“Mereka hanya mengesot sekejap terus berdiri dan berlatih perlahan-lahan berdiri sambil berpegang dan akhirnya berjalan dan berlari..
“Kak Nia, Iqlima dan Medina berjalan dan berlari umur setahun. Semua sama cuma Kak Nia paling laju antara semua. 11 bulan dan berlari. 12 bulan terjun pool.
“So adakah Hawa akan mengikut jejak langkah kakak2nya dan mendahului Kak Nia? Yang penting anak-anak Bonda sihat.. Anak-anak solehah,” katanya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Yatt memuat naik video anak bongsunya sedang memapah dan berdiri di tepi katil.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang turut berkongsi beberapa pengalaman membesarkan anak masing-masing.
Sumber: Gempak, Ig @yatthamzah_suci
Leave a Reply Cancel reply