Tertekan Hilang Kerja Disebabkan Pandemik? Ikuti 4 Langkah Ini Untuk Tenangkan diri

Hampir kesemua sektor pekerjaan di seluruh dunia terkesan dengan pandemik Covid-19 malah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberi bayangan lebih ramai akan hilang pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Hilang punca pendapatan terutama dalam situasi kini bukan perkara kecil sebaliknya ia boleh mengakibatkan tekanan, gangguan em0si serta kemvrungan apatah lagi, tiada tanda w4bak ini bakal berakhir.

Apabila dibuang kerja kerana situasi ekonomi tidak menentu, adalah perkara biasa untuk kita berasa sedih, m4rah, takvt kerana memikirkan masa depan terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.

Bagi yang terkesan dengan situasi semasa ini, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membantu mengelak daripada pelbagai perasaan dan emosi menyelubungi diri.

1. Terima hakikat

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menerima hakikat bahawa anda hilang pekerjaan. Dari sini, cuba kawal perasaan dan em0si daripada berfikir yang bukan-bukan.

Ingat juga bahawa kita adalah manusia biasa yang pasti akan rasa ter4ncam dan sedih apabila tersepit dalam sesuatu situasi. Sebaiknya tenangkan diri, dekatkan diri dengan Allah bagi memohon petunjuk daripada-Nya.

2. Bangkit daripada kesedihan

Sedih itu adalah perkara normal apabila sesuatu tidak dijangka berlaku namun yakinlah bahawa kesedihan itu tidak akan kekal lama dan akan digantikan dengan kegembiraan.

Jadikan kesedihan itu untuk anda bangkit kembali kerana itu adalah satu-satunya cara untuk mengatasi semua masalah dan beban dihadapi.

3. Jangan fikir perkara yang belum terjadi

Kesedihan dan kebimbangan kita apabila dibuang kerja kerana terlalu berfikir apa akan berlaku pada masa akan datang. Fokus pada situasi semasa kerana itu adalah lebih penting.

Pada tahap ini juga, anda sudah boleh merancang apa mahu dilakukan – sama ada ingin berehat, mencari pekerjaan baharu atau pun memulakan perniagaan.

4. Nilaikan diri sendiri

Buat senarai tentang kelebihan dan kekurangan diri anda. Percayalah, menerusi senarai itu nanti, anda akan berjumpa dengan beberapa jawapan yang mungkin tidak anda ketahui tentang diri sendiri sebelum ini.

Ia mungkin menjadi titik tolak kepada pengembaraan baharu dalam hidup anda!

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*