“Beliau Lebih Gar4ng…” – Bekas Pekerja Rizalman Buka Mulut Kongsi 10 Perkara Mengenai Pereka Fesyen Itu

Seorang majikan yang baik, sudah pasti akan sentiasa dikenang para pekerjanya.

Bahkan, kita semua pasti mempunyai pengalaman tersendiri ketika berdepan dengan ragam majikan di tempat kerja masing-masing.

Bezanya cuma, mungkin cerita mengenai majikan kita itu satu kisah yang baik atau pun tidak.

Begitupun,satu coretan bekas pekerja kepada pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mengenai dirinya mencvri tumpuan warga net di Instagram.

Menariknya, Rizalman kemudian berkongsi sendiri coretan bekas kakitangannya itu yang menyentuh mengenai 10 perkara menarik mengenai dirinya.

Ini 10 fakta menarik yang dikongsikan individu tersebut:

1. Beliau bekerja hampir setiap hari, uruskan projek rekaan dalaman, majlis perkahwinan, couture dan jenama pakaian termasuklah kedai perabot semuanya sendiri, dibantu dan dilaksanakan oleh kakitangannya.

2. Beliau mampu mengingati banyak perkara setiap hari. Semua staf juga diharap untuk buat perkara yang sama. Sekali anda terlupa, bersedialah untuk disuruh makan kismis.

3. Beliau akan mesej dan mengarahkan staf 24/7 menerusi WhatsApp.

4. Beliau mempunyai kulit yang cerah.

5. Beliau juga seorang yang tegas dan gar4ng, lebih gar4ng daripada guru disiplin yang anda pernah jumpa.

6. Kami panggil beliau ‘boss’ di tempat kerja.

7. Beliau memakai pakaian lengkap berwarna hitam setiap hari.

8. Apabila beliau masuk ke pejabat, kami jarang perasan. Tak tahu bagaimana beliau lakukannya secara senyap. Nasib tak baik, kalau anda tengah mengvmpat dibelakangnya, kerana tiba-tiba dia boleh tahu semuanya.

9. Di biliknya mempunyai sebatang lilin yang akan meneranginya sepanjang hari.

10. Apa yang saya suka mengenai beliau, setiap lukisan atau kerja yang saya lakukan, beliau akan semak dan tanda sebarang perubahan yang perlu dilakukan dengan menggunakan pen merah seperti seorang guru. Beliau juga sentiasa mendengar cadangan kami, itu yang bagusnya.

Dalam posting tersebut, Rizalman turut mengakui apa yang ditulis oleh bekas pekerjanya itu semuanya benar.

“Ditulis oleh aku punya bekas kakitangan. Tiada yang lain selain benar belaka,” tulisnya diruangan kapsyen.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada pengikutnya yang rata-rata memuji keperibadian dirinya sebagai seorang majikan.

 

Sumber : Gempak via Kasi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*