“Tak Tr4uma, Tapi..” – Nabila Razali Risau Naik Pentas, Takvt ‘Terkucil’ Lagi

PENYANYI Nabila Razali memberitahu dia tidak tr4uma untuk tampil di pentas bagi menyanyikan lagu Peluang Kedua namun mengakui sedikit risau jika kesalahan lama kembali berulang.

Namun Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, menganggap apa yang terjadi kepada dia adalah satu ujian dan bersyukur lagu Peluang Kedua mendapat tangga pertama di setiap platform carta lagu.


“Nak kata tr4uma tu tak ada, tapi risau sedikit… setiap kali saya nak naik pentas saya berdebar sebab tahu apa yang orang akan cakap tentang lagu itu.

“Namun bagi saya, itu adalah satu ujian… yelah, tak semua benda baik kita dapat, mesti ada ujian sikit-sikit, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk Peluang Kedua menyertai mana-mana pertandingan lagu, bagaimanapun sekiranya ia berlaku dia menerima dengan hati terbuka.

 

 

Sumber : Mstar via Kasi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*