Menyamar Jadi Cici, Haziq Hussni Terima ‘Surprise Sweet’ Dari Isteri

Siapa tidak kenal dengan pasangan suami isteri yang aktif di laman TikTok ini. Penyampai radio Haziq Hussni dan isterinya iaitu Ayunda Putri mula mendapat perhatian peminat dengan content Bahasa Melayu vs Bahasa Indonesia di laman TikTok.

Terbaru, Ayunda Putri sanggup ‘menyamar’ sebagai watak kartun Cici untuk beri kejutan kepada suaminya sempena hari bapa. Memang sweet habislah tengok video tu!

Mascot Cici datang

Ketika di konti, Haziq meluahkan rasa cembvru kepada pelakon terkenal Korea iaitu Lee Minho kerana dapat banyak hadiah hari ulang tahun kelahiran dari peminat. Rasa cembvru itu seolah memberi ‘hint’ untuk mendapat hadiah sebegitu juga. Akhirnya, impiannya itu direalisasikan isteri secara tiba-tiba dengan menyamar sebagai mascot Cici.

Sumber: Oh Bulan, Ig @haziq_hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*