Ebit Lew Tak Hirau Letih, Terus Ziarah Pusara Ibu, Ini Sebabnya

Tanggal 24 Jun pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh Ustaz Ebit Lew sampai bila-bila.

Tarikh keramat itu merupakan hari ulang tahun kelahiran arw4h ibunya.

Walaupun sibuk melaksanakan tugas harian, komitmen bersama keluarga dan tanggungjawabnya membantu masyarakat, kerinduan Ebit pada arw4h ibu tetap menebal.

“Terus drive dari pejabat balik kampung ziarah kvbur mak rindu sangat. Dah dua malam mimpi mak senyum. Rindu mak sangat agaknya.

“Terima kasih ya Allah. Hari ini hari lahir arw4h mak saya. 24 Jun. Selamat hari lahir buat mak yang tercinta,” tulis Ebit menerusi luahan di halaman Facebook beliau, Rabu malam.


Menerusi perkongsian itu, Ebit turut memuat naik foto beliau menziarahi pus4ra arw4h ibunya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi tanah perkubvran arw4h ibunya.

“Ya Allah betapa diriku sayang padanya. Sayangi dan kasihilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku sejak kecil,” ujar bapa empat anak itu.

Malah, menurut Ebit, atas keberkatan doa arw4h ibu dan bapanya, beliau komited untuk membantu golongan dalam kesusahan tanpa mengira siapa pun mereka.

“Kerana doa mak bapa Ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang susah. Penat bila tak dapat bantu orang je,” tambahnya.

Menerusi luahan yang penuh berem0si itu, Ebit berulang kali meluahkan perasaan rindunya pada arw4h ibu.

“Ya Allah jagalah mak di sana. Ebit rindu mak sangat. Ebit betul-betul rindu mak. Ya Allah pimpinlah setiap langkah dan tindakan dalam hidupku ini.

Ebit terus membantu orang dalam kesusahan.

“Jangan biarkan diriku pada diri sendiri walau satu saat. Jika ada pahala kebaikan atas apa dilakukan semuanya hadiahkan pada ibu tercinta.

“Ya Allah satu hari temukanlah kami semula di sana dalam reda-Mu,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*