Pernah Berlakon Di Indonesia, PU Riz Tak Rancang Patah Balik Ke Sana, Ini Sebabnya

Bintang filem Ada Apa Dengan D0sa, PU Riz menjelaskan tiada sebarang perancangan untuk kembali ke industri seni di Indonesia.

Pernah membintangi drama Keinginan Terakhir Suamiku Di Bulan Ramadan sekitar tiga tahun lalu, kata Riz tanggungjawabnya lebih cenderung untuk keluarganya di Malaysia.


“Saya mula berlakon sebagai watak utama di Indonesia tetapi ada beberapa perkara menyebabkan saya tidak boleh teruskan karier di sana.

“Antaranya komitmen saya untuk keluarga dan tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga ibu bapa yang vzur.

“Jadi, saya pilih untuk berada di sini saja,” katanya kepada Gempak.

Berada di Indonesia selama tiga bulan, Riz sempat terbabit dalam beberapa rancangan bual bicara dan program televisyen bersama artis terkenal di sana antaranya Ivan Gunawan.

“Saya pernah menyertai sebuah program keagamaan di sana, selepas tersingkir pada minggu ketiga saya ditawarkan berlakon.

“Memang nampak seperti rezeki saya lebih luas di sana tetapi saya pilih untuk menjaga keluarga saya.

“Sepanjang tempoh tiga tahun ini ada tawaran untuk berlakon di sana tetapi saya belum ada perancangan lagi untuk kembali,” tambahnya.

 

 

Sumber: Gempak, Foto Ig @hrisbismai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*